Balik Kampung pada TBC Ini

2023-01-09 11:37:22  CRI
Share with:

Tahun Baharu China (TBC) ialah perayaan tradisional yang paling penting bagi rakyat China.

Musim pengangkutan semasa perayaan TBC sudah bermula pada 7 Januari dan akan berakhir pada 15 Februari, iaitu selama 40 hari.

Menurut analisis dan unjuran, jumlah aliran penumpang semasa musim pengangkutan ini adalah sekitar 2.095 bilion, meningkat 99.5% berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ia dijangka akan pulih kepada 70.3% berbanding tempoh sama pada 2019 iaitu sebelum penularan COVID-19.