Thailand Alu-alukan Kedatangan Pelancong China

2023-01-10 13:51:09  CRI
Share with:

Seramai 269 orang penumpang yang menaiki pesawat MF833 Airline Xiamen telah tiba di Lapangan Terbang Suvarnabhumi Bangkok, Thailand semalam.

Untuk mengalu-alukan kedatangan pelancong China ke negara itu yang merupakan kumpulan pertama selepas berkuatkuasanya dasar China tentang masuk dan keluar sempadan yang baru diubahsuai, satu upacara sambutan turut diadakan di lapangan terbang, diserikan dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kesihatan Awam Thailand, Anutin Charnvirakul.