Amalkan Nilai Saintifik Mudahkan Perjalanan Pengembara Pelbagai Negara

2023-01-10 12:23:45  CRI
Share with:

China yang sentiasa mengamalkan konsep ‘kepentingan rakyat dan keselamatan nyawa diutamakan’, berjaya mengawal kadar kes teruk dan kadar kematian ekoran jangkitan COVID-19 pada tahap yang paling rendah di dunia. Demikian dinyatakan juruakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang media semalam.

Wang berkata, seiring dengan kemudaratan varian Omicron menjadi makin lemah, dan kemampuan China dalam bidang rawatan, ujian dan vaksinasi terus meningkat, China telah mengoptimumkan dan mengubahsuai langah pencegahan dengan pantas mengikut perkembangan situasi semasa. Jabatan berkenaan China sekarang berdasarkan “menjamin kesihatan di samping mencegah berlakunya jangkitan teruk” giat memperincikan kerja rutin dengan berfokus kepada kesihatan golongan warga emas, wanita hamil dan kanak-kanak demi mengurangkan kes jangkitan teruk dan kematian. Berdepan dengan penularan wabak, China kekal berada dalam keadaan yang terkawal dan stabil, khasnya pengeluaran dan kehidupan rakyat kelihatan kian hari kian pulih.

Wang menyatakan bahawa China selama ini sudi berkongsi maklumat mengenai ujian terhadap varian virus dan pesakit yang terjangkit dengan masyarakat antarabangsa. Dalam tempoh tiga tahun lalu, pertukaran teknikal antara China dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah dilaksanakan sebanyak lebih 60 kali, antaranya empat kali dalam tempoh sebulan lalu.

Menurut Wang, China berharap pelbagai pihak mengamalkan nilai saintifik, dan bersama-sama memudahkan perjalanan pengembara pelbagai negara yang dipercayai akan menjadi sumbangan bagi usaha masyarakat antarabangsa dalam melawan wabak dan memulihkan ekonomi dunia.