Keghairahan Melabur di China Naik di Sebalik Cerca AS

2023-01-10 17:25:05  CRI
Share with:

China memasuki fasa baharu dalam pencegahan dan kawalan pandmeik COVID-19 sejak 8 Januari dan ini merupakan penjana kuat terhadap keyakinan pelabur seluruh dunia.

 Banyak institusi termasuk sejumlah dewan perniagaan asing di China berpendapat, pergerakan keanggotaan rentas sempadan,pelancongan dan perdagangan antara China dengan negara lain akan pulih dengan cepat. Banyak syarikat asing pula berkata, pihaknya telah merancang akan menjadualkan lawatan peringkat tinggi ke China bagi menghidupkan semula pelaksanaan projek berkenaan dan mencari peluang pelaburan baharu.

Terdapat satu laporan dari laman web The Wall Street Journal Amerika Syarikat(AS) edisi 9 Januari yang berbunyi, tokoh-tokoh kalangan perniagaan negaranya bersiap mengadakan lagi tinjauan terhadap pasaran China yang bertumbuh dengan pesat. “Pelabur seluruh dunia sememangnya dahagakan berurusniaga dengan China”.

Financial Times Britain pula menerbitkan satu laporan dengan memetik pandangan pakar dari institusi pelaburan negaranya baru-baru ini.

Segelintir orang AS dengan sedaya upaya berniat “memindahkan” rantaian industri ke luar China dalam tempoh tiga tahun lalu. 

Tatkala pelaksanaan dasar kawalan yang ketat pada masa kritikal sepanjang penularan wabak di China yang tercetus tiga tahun lalu, mereka mencerca bahawa keyakinan pelabur asing tergoyang akibat pelaksanaan dasar ketat tersebut yang dilihat juga membawa rintangan terhadap perdagangan, dan patut “dilonggarkan”. Pada masa sekarang, ketika China mengubahsuaikan dasar kawalan wabak berikutan perkembangan keadaan semasa, mereka mendakwa pula perusahaan asing di negara ini terdedah kepada risiko penularan wabak.

Walaubagaimana pun, plot mereka mahu menyebabkan pelaburan asing di China terjejas hanya akan menjadi sia-sia sahaja.

 Terdapat data yang menyaksikan peningkatan pelaburan asing mengikut kontrak yang terlaksana di China sebanyak 6.2 peratus pada tahun 2020, yang turut mencatat 14.9 peratus pada tahun 2021 dengan jumlahnya melebihi RMB1 trilion (RM650 bilion), iaitu satu rekod baharu dalam sejarah.  

Jumlah pelaburan asing mengikut kontrak yang terlaksana dalam 11 bulan pertama tahun 2022 di negara ini pula meningkat 9.9 peratus yang melampaui taraf sepanjang tahun 2021.

Kesemuanya ini membuktikan golongan pelabur asing tetap tertarik oleh pasaran China.

Katalog Industri bagi Menggalakkan Pelaburan Asing (edisi tahun 2022) China yang berkuatkuasa pada 1 Januari dijangka akan menyediakan ruang lebih luas kepada perusahaan asing untuk berkembang di negara ini dan membawa pulangan lebih banyak kepada mereka.

Menurut ramalan sejumlah institusi ekonomi antarabangsa, seiring dengan China memasuki fasa baharu dalam pencegahan dan kawalan pandmeik COVID-19,keberkesanan terbabit akan disaksikan beransur-ansur susulan penguatkuasaan pelbagai dasar yang sudah dikemaskini. Pertumbuhan ekonomi di negara ini dijangka meningkat secara menyeluruh sepanjang tahun 2023.