Sambut Hari Polis Rakyat China

2023-01-10 14:23:41  CRI
Share with:


Hari ini (10 Jan) merupakan “Hari Polis Rakyat China” yang diinisiatif tiga tahun lalu. Dalam tempoh setahun yang lalu, warga polis mencapai prestasi yang cemerlang dalam membanteras kegiatan jenayah, melindungi ketenteraman masyarakat dan mempertahankan keselamatan tanah air dengan penuh hati.

Dilaporkan bahawa terdapat lebih 640 ribu kes jenayah telah dibongkar, dan lebih 160 pertubuhan kongsi gelap beserta 1,520 kumpulan sindiket ditumpas, hasil pelaksanaan “Kempen Seratus Hari”. Selain itu, pencapaian juga dilakar pihak polis dalam bidang pengendalian hal-ehwal masuk dan keluar sempadan, pengawalan keselamatan dan pengelolaan lalu lintas, yang terbuti kondusif bagi memudahkan hidup rakyat dan urusniaga sektor korporat.