Bertindak Pantas Perhalusi Tadbir Urus Parti

2023-01-10 11:46:19  CRI
Share with:

Bertindak pantas memperhalusi tadbir urus Parti Komunis China (PKC) seharusnya dijadikan tugasan strategik yang konsisten, dan reformasi terhadap diri sendiri tidak boleh dihentikan untuk jangka masa yang panjang.

Demikian ditegaskan Setiausaha Agung PKC, Xi Jinping dalam sidang pleno ke-2 Jawatankuasa Pusat PKC bagi Pemeriksaan Disiplin penggal ke-20 pada Isnin.

Beliau menegaskan, bertindak pantas memperhalusi tadbir urus Parti memerlukan satu sistem yang komprehensif dan inovatif. Pada sedekad yang pertama dalam era baharu ini, PKC giat mempertingkat penginsafan terhadap reformasi, dan beransur-ansur mendorong inovasi pada aspek teori, praktik dan sistem.

Xi menegaskan lagi, kawal selia perlu diperhebat bagi memastikan kelancaran dalam penyampaian keputusan dan perancangan yang dibuat dalam Kongres Kebangsaan Ke-20 PKC. Sementara itu, usaha gigih kena dilakukan dalam memerangi gejala rasuah.