CMG Adakan Raptai Ketiga Gala TBC 2023

2023-01-10 12:10:34  cri
Share with:

BEIJING, 10 Jan. – Raptai kali ketiga Gala Tahun Baharu Cihna (TBC) 2023 anjuran Kumpulan Media China (CMG) berlangsung dengan lancar pada Isnin.

Untuk sesi kali ini, persembahan pentas "Hello, Stranger" yang memfokuskan tentang kehidupan harian penduduk biasa dan cerita-cerita yang menyentuh hati, buat pertama kalinya dipersembahkan secara penuh.

Sebagai salah satu acara wajib bagi rakyat China sempena perayaan TBC, gala itu akan memfokuskan pada budaya tradisional dengan menggabungkan elemen-elemen moden.

Seperti edisi-edisi terdahulu, Gala TBC tahun ini akan terus memberikan suasana gala yang penuh meriah untuk memenuhi harapan rakyat China.

Bagi memastikan Gala TBC kali ini terpahat di minda rakyat seluruh negara, terdapat banyak karya kreatif yang dipaparkan berdasarkan kehidupan sebenar dan ia turut dipamer dan dipraktis semasa berlangsungnya raptai ketiga gala tersebut.