Unit Generator No.3 Loji Janakuasa Nuklear Fangchenggang Beroperasi

2023-01-11 11:52:42  CRI
Share with:

Unit generator No.3 Loji Janakuasa Nuklear Fangchenggang kendalian Kumpulan Kuasa Nuklear Am China (CGN) di wilayah Guangxi, berjaya disambungkan aksesnya ke grid kebangsaan pada Selasa.

Kejayaan ini menandakan unit generator kuasa nuklear yang bermodelkan Hualong-1 yang pertama di kawasan bahagian barat China itu mempunyai keupayaan menjana kuasa elektrik dan mengayunkan lagi satu langkah yang penting bagi operasi untuk kegunaan komersial kelak.

Hualong-1 disifatkan sebagai teknologi kuasa nuklear yang bergenerasi tiga, hasil pembangunan dan penyelidikan domestik berdasarkan pengalaman selama lebih tiga dekad dalam bidang pengajian sains, reka bentuk, pembuatan, pembinaan dan pengoperasian loji janakuasa.

China mempunyai hak harta intelek yang lengkap terhadap teknologi Hualong-1 yang pelbagai indeksnya bertaraf dunia itu. 

Setelah disambungkan aksesnya ke grid kebangsaan, unit generator No.3 Loji Janakuasa Nuklear Fangchenggang masih akan diatur menerima ujian dan pemeriksaan pengoperasian berkenaan, langkah persiapan terakhir sebelum operasi untuk kegunaan komersial.