Armada Pengiring China Kumpulan ke-43 Bertolak ke Teluk Aden

2023-01-11 13:29:10  CRI
Share with:

Armada pengiring kumpulan ke-43 Tentera Laut China bertolak dari pelabuhan di Zhanjiang dan belayar menuju ke Teluk Aden dan perairan Somalia pagi semalam untuk menggantikan armada kumpulan ke-42 melanjutkan tugasan pengawalan keselamatan di perairan tersebut.

Terdapat 700 orang lebih anggota tentera yang bertugas dalam armada kumpulan ke-43 yang dilengkapi dua helikopter itu, yang terdiri daripada kapal pemusnah peluru berpandu Nanning, frigat peluru berpandu Sanya serta kapal pembekal bersepadu Weishanhu, antaranya kapal Nanning merupakan wajah baharu dalam pelaksanaan misi seumpama itu.

Setakat ini, Tentera Laut China sudah berturut-turut menghantar armada sebanyak 42 kumpulan yang terdiri daripada 131 kapal dan lebih 320 ribu anggota tentera untuk pelaksanaan misi mengiringi dan melindungi keselamatan kapal-kapal di Teluk Aden dan perairan Somalia.