Jangkaan Pertumbuhan Ekonomi Global 2023 Turun ke 1.7%

2023-01-11 15:01:50  CRI
Share with:

Menurut laporan akhbar Wall Street, Bank Dunia (WB) telah menurunkan jangkaan terhadap peningkatan ekonomi global tahun ini, dengan mengunjurkannya akan menjadi perlahan-lahan hingga 1.7%, yang lebih rendah daripada jangkaan dibuat pada Jun 2022, iaitu 3%.

Menurut data terbabit dari WB, 2023 dijangka akan menjadi tahun ketiga yang menyaksikan pertumbuhan ekonomi global yang ketiga paling rendah dalam tempoh hampir 30 tahun lalu selepas kemerosotan pada 2009 dan 2020.

Terdedah dalam sebuah laporan lain bahawa inflasi global yang masih berada pada paras yang tinggi berbanding dengan yang tercatat dalam sejarah silam, beserta kenaikan kadar faedah, pelaburan yang menghimpit dan konflik Rusia-Ukraine merupakan ancaman terhadap pertumbuhan ekonomi dalam senario global.