Jumlah Pengangkutan Kargo Laluan Kereta Api China-Laos Tingkat 4 Kali Ganda

2023-01-11 16:17:58  CRI
Share with:

Pada tahun 2023, jumlah pengangkutan kargo harian melalui Laluan Kereta Api China-Laos meningkat empat kali ganda berbanding tempoh yang sama tahun lalu, dengan mencatat 25,000 tan termasuk 8,000 tan lebih yang rentas sempadan. Setakat 10 Januari, jumlah kumulatif kargo yang telah diangkut menerusi laluan terbabit melepasi paras 13 juta tan, antaranya 10.44 juta tan menerusi landasaan seksyen China, 2.85 juta tan melalui landasan seksyen Laos, dan 2.46 juta tan yang rentas sempadan.

Dimaklumkan, kini jumlah larian kereta api muatan kargo rentas sempadan telah meningkat kepada 12 unit sehari daripada 2 unit sahaja semasa tempoh permulaan operasi landasan berkenaan. Perkhidmatan ekspres rentas sempadan China-Laos yang menjangkau sejumlah negara yang terlibat dalam pembinaan bersama di bawah kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) seperti Malaysia, Thailand, Myanmar, Kemboja, Vietnam dan Singapura, tersedia oleh sebanyak 25 provinsi dan bandar dalam negeri. Sementara itu, kategori kargo juga bertambah kepada 1,200 jenis termasuk produk elektronik, fotovoltaik dan buah-buahan rantai sejuk daripada hanya belasan jenis sahaja pada awal pengoperasian yang melibatkan baja kimia dan barang keperluan harian. Sehubungan itu, kemakmuran pengangkutan sepanjang Laluan Kereta Api China-Laos dilihat kondusif bagi terbentuknya saluran kitaran domestik dan kitaran domestik-antarabangsa yang stabil dan berkecekapan tinggi, serta kestabilan dan kelancaran rantaian industri dan pembekalan antarabangsa.