Cukup-cukuplah Lakonan AS Tangani COVID-19 di Persada Dunia
Baru-baru ini, Amerika Syarikat (AS) bertindak mengambil langkah sekatan terhadap kemasukan pengembara dari China, sambil mencanangkan kesediaannya untuk memberikan bantuan vaksin kepada China. Wahai, cukup-cukuplah lakonan munafik seumpama itu.
AS yang selama ini memperagakan diri sebagai “penderma vaksin COVID-19 yang paling besar di dunia”, pernah berjanji menderma sekurang-kurangnya 1.1 bilion dos vaksin kepada negara lain menjelang tahun 2023. Namun setakat 5 Januari lalu, vaksin sumbangannya hanya berjumlah 665.1 juta dos sahaja. Menurut data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (AS), jumlah pembaziran vaksin dalam negeri AS mencecah sekurang-kurangnya 15.1 juta dos pada bulan Mac hingga September tahun 2021. Ternyata negara Uncle Sam cenderung menyimpan vaksin hingga tamat tempoh gunanya, pun enggan membekalkannya kepada negara-negara yang mempunyai permintaan.
Dalam tempoh tiga tahun lalu, varian COVID-19 pelbagai jenis dan cawangan terbabit pernah menular di AS. Namun, kerajaan AS tetap mengambil sikap negatif dalam menangkis wabak, malah membiarkan virus merebak dalam lingkungan global sehingga mengakibatkan ancaman besar terhadap kesihatan rakyat seluruh dunia. Menurut statistik berkenaan, pada April tahun 2020 hingga Mac 2021, jumlah kumulatif pengembara AS yang pernah melancong ke luar negara mencatat 23.195 juta orang, dengan destinasinya merangkumi setiap pelosok di dunia. Serentak itu, AS memilih menghantar balik pendatang asing tanpa izin (PATI) secara besar-besaran tanpa mempedulikan kewajiban antarabangsa yang dipikulnya sehingga menyebabkan penularan wabak semakin kritikal di negara membangun khasnya negara Amerika Latin. Tindakan seumpama itu diambil pada tempoh penularan COVID-19 yang paling aktif sehingga mengundang peningkatan kes kematian secara drastik dalam senario global. AS justeru penanggungjawab dan pesalah yang terbesar.
Kini, virus XBB.1.5 sedang menular sangat cepat di AS dan kadar jangkitannya melebihi 40%. AS digesa berkongsi maklumat dan data berkenaan dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan masyarakat antarabangsa tepat pada waktunya di samping meningkatkan keberkesaan dalam mengambil langkah mencegah penularan wabak.
Berbanding dengan kecuaian dan lakonan kerajaan AS, China berjaya menjamin kesihatan rakyatnya yang berpopulasi lebih 1.4 bilion orang dalam tempoh tiga tahun lalu, manakala giat menjalankan kerjasama dengan masyarakat antarabangsa dalam melawan wabak. Setakat ini, China sudah menghulurkan bantuan barangan kepada 153 buah negara dan 15 buah pertubuhan antarabangsa yang jumlah itemnya ratusan bilion, di samping membekalkan lebih 2.2 bilion dos vaksin COVID-19 kepada lebih 120 buah negara dan pertubuhan antarabangsa.
Maka, jelas sekali siapa penyumbang dan siapa lagi ‘pelakon’ yang bermain gimik dalam usaha menangkis wabak di persada dunia.