Beli-belah Sambut Perayaan TBC

2023-01-11 13:13:49  CRI
Share with:

Membeli-belah sempena sambutan Tahun Baharu China (TBC) merupakan salah satu keutamaan bagi penduduk China. Ia termasuk membeli makanan, pakaian, barang hiasan, dan hadiah. Secara ringkasnya, barang-barang penting dalam meraikan TBC secara kolektif dirujuk sebagai "Nian Huo" atau bermaksud barangan Tahun Baharu China. Jom kita lihat pasaran Nian Huo di seluruh negara ini. 

Seorang gadis dari bandar Taizhou, provinsi Zhejiang kelihatan sedang mempamerkan tulisan kaligrafi perkataan "Fu”, pada Isnin. “Fu” yang bermaksud sejahtera ini biasanya ditempelkan di pintu atau dinding rumah, sebagai mendoakan kebahagiaan, kesihatan dan rezeki yang melimpah ruah. 

Seorang bapa kelihatan sedang memilih mainan untuk anaknya di sebuah pasar raya di Guizhou, pada Isnin. 

Penduduk dari bandar Shijiazhuang, utara China sedang memilih barang hiasan di pasar, pada Isnin. 

Pelanggan sedang membeli bunga di pasar bunga di Beijing sempena sembuatan TBC pada Ahad. 

Penduduk dari bandar Qingdao, provinsi Shandong sedang membeli buah-buahan dan sayur-sayuran di pasar untuk persediaan menyambut TBC.