Perdana Menteri Ethiopia Ditemui Menteri Luar China

2023-01-11 15:00:42  CRI
Share with:

Perdana Menteri Ethiopia, Abiy Ahmed Ali telah ditemui Menteri Luar China, Qin Gang di Addis Ababa semalam.

Setelah mengucapkan tahniah atas kejayaan yang dilakar dalam Kongres Kebangsaan Ke-20 Parti Komunis China, Abiy menyanjung tinggi keupayaan pimpinan dan kebijaksanaan politik Presiden Xi Jinping, dan berharap agar melalui peningkatan interaksi tentang pengalaman pentadbiran negara dengan China, membela nasib rakyat Ethiopia dalam mengekalkan pembangunan yang berdikari demi kemajuan negara yang lebih cepat.

Qin Gang pula berkata, China menyokong Ethiopia mengekalkan jalan pembangunan yang selaras dengan tatahukum negara sendiri. Pertukaran rapat antara pemimpin kedua-dua negara telah menunjukkan hala tuju kepada pembangunan hubungan kedua-dua pihak dalam situasi baharu sekarang ini. Menurut Qin, sebagai negara membangun, China dan Ethiopia perlu menjadi rakan yang saling menyokong, bersama-ama memacu pembangunan dan melindungi keadilan antarabangsa. China bersedia terus mengintensifkan kerjasama kedua-dua negara dalam pelbagai bidang, menggalakkan lebih banyak syarikat China melabur di Ethiopia, menyertai proses pembinaan semula negara itu dan berharap pihak Ehtiopia menyediakan persekitaran perniagaan yang baik di samping menjalankan langkah yang berkesan untuk menjaga keselamatan, hak dan kepentingan milik keanggotaan dan agensi China di negara itu.