Gariskan Panduan Strategik bagi Tadbir Urus PKC

2023-01-12 12:57:16  CRI
Share with:

Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) bagi Pemeriksaan Disiplin penggal ke-20 dalam sidang pleno ke-2nya yang diadakan pada Isnin dan Selasa, telah menggariskan panduan strategik bagi meningkatkan kepantasan dalam tadbir urus Parti, menekankan peri pentingnya untuk menerapkan amalan integriti yang tinggi dalam semua penugasan Parti yang dilakukan, terus giat memerangi rasuah, dan menjaga ketelusan dalam pemeriksaan disiplin pada era baharu supaya dapat menyediakan jaminan kuat kepada pembangunan negara sosialis yang moden yang berada pada tahap permulaan sekarang ini.

Sebagai jabatan pemeriksa dan penyelia, Jawatankuasa Pusat PKC bagi Pemeriksaan Disiplin berperanan memelihara penguatkuasaan panduan dan peraturan Parti, memeriksa pelaksanaan pelbagai dasar dan keputusan, memperhalusi pembangunan Parti dan menganjurkan serta menyelaraskan pekerjaan anti-rasuah.

Dimaklumkan, terdapat lapan aspek yang terkandung dalam pengemaskinian panduan PKC dalam bidang pemeriksaan displin, termasuk penyeliaan terhadap pelaksanaan strategi yang digariskan Kongres Kebangsaan PKC ke-20, reformasi terhadap sistem dalaman Parti, pemantauan yang bergerak dalam bidang politik, peningkatan pembangunan disiplin, perjuangan anti-rasuah dan sebagainya. Selain itu, kerjasama antarabangsa anti-rasuah juga ditegaskan bagi membantu memburu perasuah yang melarikan diri ke seberang laut.