Jumlah Pangkalan 5G Cecah 2.3 Juta di China

2023-01-12 14:23:39  CRI
Share with:

Pembinaan pusat data model baharu amat berhasil di China, terbukti dengan adanya 2.3 juta buah pangkalan 5G yang sudah siap dibina dan beroperasi.

Dalam sidang kerja industri dan maklumat seluruh negara yang diadakan di Beijing semalam, Menteri Industri dan Teknologi Maklumat China, Jin Zhuanglong menyatakan bahawa pihaknya akan menekankan penyelarasan dalam memperkenalkan dasar dan langkah untuk merancak perkembangan dan pembinaan infrastruktur maklumat model baharu, mempercepat pembinaan 5G dan rangkaian gentian optik gigabit, melancarkan kempen pembangunan “jalur lebar di kawasan sempadan” di samping mendorong penyelidikan dan pengeluaran teknologi 6G pada tahun 2023.