China, Gabon Komited Perkasa Kerjasama Bilateral

2023-01-13 11:57:26  CRI
Share with:

Presiden Gabon, Ali Bongo Ondimba mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar China, Qin Gang di Libreville, ibu negara Gabon pada Khamis. 

Qin terlebih dahulu menyampaikan salam mesra dari Presiden China, Xi Jinping kepada presiden Gabon, dan menyatakan bahawa China bersedia bekerjasama dengan Gabon untuk melaksanakan konsensus penting yang tercapai pemimpin kedua-dua negara, memperkukuh rasa saling percaya dalam bidang strategi, dan memperluas kerjasama substantif bagi mendorong perkongsian kerjasama komprehensif China-Gabon berkembang ke tahap yang lebih tinggi. 

“China akan terus menyokong Gabon dalam meneroka jalan pembangunan yang sesuai dengan tata hukum negaranya, berkongsi pengalaman tadbir urus negara, meningkatkan penyelarasan dalam pelaksanaan strategi pembangunan masing-masing, bersama-sama memacu pembinaan ke arah yang berkualiti tinggi dalam kerangka Inisiatif Jalur dan laluan (BRI), dan membantu Gabon memajukan pelaksanaan pelan strategiknya yang disebut ‘Gabon Baru Berkembang’  supaya dapat merealisasikan pencapaian sama menang dan memacu kerjasama dalam pembangunan kedua-dua negara,” tegas Qin.

Presiden Gabon pula meminta Qin menyampaikan harapan baik kepada Presiden Xi Jinping, sambil menzahirkan terima kasih kepada China atas sokongan kuat dari segenap bidang kepada pembangunan sosioekonomi negaranya.

“Gabon sentiasa menyifatkan China sebagai rakan yang boleh dipercayai, dan bersedia meningkatkan penyelarasan dengan China untuk bersama-sama memelihara hak dan kepentingan sah negara-negara membangun, dan melantangkan suara Afrika dalam tadbir urus global,” katanya.

Semasa lawatannya, Qin juga mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya dari Gabon, Michael Moussa-Adamo. 

Kedua-dua pihak bersetuju untuk mengekalkan sokongan antara satu sama lain, dan meneroka potensi bagi melakar pencapaian lebih banyak dalam kerjasama bilateral.