Penternak Ikan, Huang Shulong

2023-01-13 14:27:30  CRI
Share with:

 

Huang Shulong, 51, telah mengusahakan penternakan ikan gelama kuning di provinsi Fujian, China selama lebih 20 tahun. 

Kolam pembiakan yang besar di perairan ini merupakan "tanah pertanian" mereka di laut. 

Adik perempuannya juga seorang penternak ikan tersebut. Shulong mendapati bahawa ikan ternakan adiknya lebih berkualiti. Setelah meneliti, beliau berkata ia adalah berikutan penggunaan kotak pembiakan simen plastik baharu yang digunakan adiknya. 

“Kotak pembiakan lamanya bukan sahaja ruang kecil, tetapi juga tidak mampu menahan angin dan ombak, selain mudah rosak dan menjadi sampah hanyut di atas laut,” ujar Shulong. 

Bagi melindungi ekologi marin, kerajaan tempatan memperuntukkan dana untuk membantu penternak ikan menaik taraf kotak pembiakan mereka, sekali gus menghantar kakitangan teknikal khas untuk menyelesaikan masalah berkaitan. Atas bantuan itu, Shulong berpeluang memperbaharui kotak pembiakannya. 

Musim menangkap ikan sudah tiba, ikan yang diternak oleh Shulong dijual hampir satu juta yuan (RM640 ribu) semalaman. 

Kemajuan teknologi penternakan ikan bukan sahaja memperkayakan makanan segar dan lazat di atas meja penduduk China, tetapi juga melindungi persekitaran ekologi lautan, selain memberikan limpahan manfaat kepada penternak ikan seperti Huang Shulong.