China Lancarkan Satelit APSTAR-6E
2023-01-13 11:30:46 CRI
Satelit APSTAR-6E yang dibawa roket Long March-2C telah dilancarkan di Pusat Pelancaran Xichang China pada pukul 2.10 pagi tadi waktu Beijing, dan berjaya memasuki orbit yang disasarkan.
Dimaklumkan, satelit terbabit akan dimanfaatkan terutamanya untuk menyediakan perkhidmatan telekomunikasi yang berspesifikasi tinggi kepada rantau Asia Tenggara.