KapaL Peninjau Pintar Tanpa Kru yang Pertama di Dunia Beroperasi

2023-01-13 14:26:47  CRI
Share with:


“Zhuhaiyun”, kapal peninjau pintar tanpa kru yang pertama di dunia dilaporkan sudah lulus pelbagai ujian untuk tujuan penyelidikan sains, dan siap beroperasi semalam.

Kapal peninjau pintar hasilan Projek Sains dan Kejuruteraan Maritim Selatan di Makmal Guangdong (Zhuhai) itu dilengkapi fungsi belayar secara automatik dan kawalan jarak jauh, dan China mempunyai hak harta intelek terhadap semua sistem pengendaliannya.

Kapal “Zhuhaiyun” yang panjangnya 88.5 meter, lebarnya 14 meter dan setinggi 6.1 meter itu, masih boleh dilengkapi peralatan peninjauan udara, laut dan menyelam tanpa pemanduan kru yang jenisnya pelbagai yang berfungsi menjalankan tugasan komprehensif.