Pengeluaran dan Penjualan Automobil China Terbanyak di Dunia 14 Tahun Berturut-turut

2023-01-13 15:27:10  CRI
Share with:

Jumlah pengeluaran automobil China pada tahun 2022 meningkat 3.4% berbanding tahun 2021, dengan mencatat lebih 27.02 juta, sedangkan jumlah penjualan naik 2.1% dengan mencecah lebih 26.86 juta unit. 

Menurut naib ketua setiausaha Persatuan Industri Automobil China, Chen Shihua dalam sesi taklimat pada Khamis, kedua-dua angka pengeluaran dan penjualan tersebut menduduki tangga teratas dalam ranking dunia untuk 14 tahun berturut-turut.

Turut menjadi tumpuan ialah perkembangan industri automobil elektrik kekal pesat di negara ini.

Menurut Chen, jumlah pengeluaran dan penjualan automobil elekrtik di China pada tahun 2022 masing-masing melambung 96.9 peratus dan 93.4 peratus, dengan menokok 7.06 juta dan 6.89 juta unit.  

Automobil elekrtik mempunyai syer pasaran sebanyak 25.6 peratus dalam senario kebangsaan yang menandakan sektor terbabit memasuki fasa penerokaan pasaran secara menyeluruh.