Keinginan Sektor Korporat Guna RMB Makin Meningkat

2023-01-13 15:05:09  CRI
Share with:

Jurucakap Kementerian Perdagangan China, Shu Jueting dalam sidang akhbar semalam mendedahkan bahawa jumlah penggunaan RMB rentas sempadan dalam perdagangan kargo China pada 2022 meningkat 37.3% dengan mencatat RMB7.92 trilion (RM5.1 trilion), manakala penggunaan RMB dalam pelaburan langsung rentas sempadan pula meningkat 16.6% , mencecah RMB6.76 trilion (RM4.35 trilion).

Shu berkata, “notis menyokong sektor korporat berkaitan ekonomi dan perdagangan luar terus menggunakan RMB dalam perdagangan rentas sempadan dan menpermudahkan pelaburan serta perdagangan” yang telah diterbitkan bersama oleh pihaknya dan Bank Rakyat China, bertujuan menyokong sektor korporat berkaitan perdagangan luar terus meningkatkan penggunaan RMB rentas sempadan demi keperluan pasaran dalam transaksi serta penjelasan, pelaburan serta pembiayaan dan kawalan risiko.