Sibuk Memupuk Anak Benih Kala Musim Sejuk

2023-01-13 15:17:48  CRI
Share with:

Kaum tani di daerah Fengnan, bandar Tangshan, provinsi Hebei sibuk memupuk anak benih tanaman sayur dan buah pada musim sejuk ketika ini bagi memastikan bekalan di pasaran biji benih mencukupi.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan tempatan mengambil inisiatif untuk mempergiatkan pengeluaran dan pengurusan secara profesional menerusi mod ‘memupuk anak benih ikut tempahan', sekali gus memacu pembangunan berkualiti sektor pertanian.