AS Bermuka Dua terhadap Negara-negara Kepulauan Pasifik

2023-01-13 13:12:59  CRI
Share with:

Kebelakangan ini, Amerika Syarikat (AS) kelihatan bermuka dua terhadap negara-negara kepulauan Pasifik, terbukti dengan sikapnya yang ‘peka’, tetapi tindakannya tidak selari. Terdapat lebih 100 pertubuhan kawalan senjata dan pemeliharaan alam sekitar telah mengirim surat kepada Washington baru-baru ini bagi mendesaknya meminta maaf secara rasmi dan menunaikan janjinya tentang pemberian ganti rugi kepada Republik Kepulauan Marshall di mana pernah terlaksana ujian nuklear secara besar-besaran pada tahun 1940-an dan 1950-an.

Kepulauan Marshall yang terletak di tengah Lautan Pasifik terdiri daripada lebih 1,200 pulau dan terumbu. Kepulauan yang berada di bawah kawalan AS bermula tahun 1944 itu mencapai kemerdekaan pada tahun 1986. Dalam tempoh dari 1946 hingga 1958, AS pernah melakukan 67 kali ujian nuklear di kepulauan tersebut. Pada 1 Mac 1954, AS malah meletupkan bom hidrogen Castle Bravo, salah satu senjata nuklear yang paling hebat dewasa ini di Terumbu Bikini. Selain itu, sebanyak 130 tan tanah yang tercemar nuklear pernah dibawa AS dari negeri Nevada ke kepulauan Marshall, dan dituang ke situ.

Berdepan dengan tekanan dari masyarakat antarabangsa, Washington terpaksa menandatangani Perjanjian Perhubungan Bebas (Compat of Free Association--COFA) dengan Kepulauan Marshall pada tahun 1986, dan komited memikul tanggungjawab memberi pampasan sebanyak USD150 juta (RM650.25 juta) kepada penduduk setempat. Bagaimanapun, menurut keputusan pengadilan dari mahkamah antarabangsa yang ditubuhkan pada 1988, Washington sepatutnya mengganti rugi USD2.3 bilion (RM9.97 bilion). Namun anggka terbabit ditolak negara Uncle Sam. Akhbar Los Angeles Times pernah memetik bukti yang berkenaan bahawa Washington hanya pernah membayar USD4 juta (RM17.342.3 juta) setakat kini. Menurut laporan yang diumumkan laman sesawang Jabatan Negara AS pada tahun 2005, perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1986 merangkumi “kesemua fasa untuk menuntut ganti rugi termasuk fasa masa lalu, masa ini dan masa depan”, beserta pampasan dalam bidang nuklear. Penganalisis berpendapat, ini bermakna bahawa AS tidak ingin membayar lebih lagi kepada Kepulauan Marshall.

Dalam konteks COFA akan tamat tempoh pada tahun 2023, ratusan pertubuhan bertindak mengirim surat kepada Washington baru-baru ini dengan harapan agar pihaknya melalui perjanjian baharu yang akan dibincangkan, mengucapkan permaafan secara rasmi dan meningkatkan pampasan ke satu paras yang lebih rasional.

Pada hakikatnya, AS sebagai negara pemilik gudang senjata nuklear paling besar di dunia, bukan sahaja kena menunaikan tanggungjawab sewajarnya kepada Kepulauan Marshall, tetapi juga digesa menghentikan perebakan senjata nuklear kendaliannya yang berbahaya pada masa ini.