Laluan Penerbangan dari Nanning ke Negara ASEAN Pulih Cepat

2023-01-13 13:12:14  CRI
Share with:

Lapangan Terbang Antarabangsa Wuxu di bandar Nanning, wilayah Guangxi berfungsi sebagai salah satu hab penerbangan utama yang menyambungkan China dengan negara-negara ASEAN. Perkhidmatan penerbangan dari Nanning ke sejumlah bandar utama negara ASEAN termasuk Phnom Penh, Bongkok, Singapura, Kuala Lumpur dan Manila sudah beroperasi semula pada masa menjelang Tahun Baru Cina. Manakala, persiapan pun dipergiatkan untuk memulihkan perkhidmatan penerbangan ke sejumlah lagi bandar di negara ASEAN seperti Hanoi dan Bandar Ho Chi Minh.

Kakitangan Lapangan Tebang Wuxu yang pernah diatur mengikuti kursus bahasa-bahasa negara ASEAN, boleh fasih bertutur dalam setiap sesi perkhidmatan mesra pengembara.