Rasai Keseronokan Aktiviti Ais dan Salji
2023-01-13 11:33:43 CRI
Koleksi gambar diambil menggunakan dron ini merekodkan detik-detik menyeronokkan apabila para pelancong menyertai aktiviti yang ditawarkan Taman Ais dan Salji di kawasan peranginan Gunung Tianhe di Xingtai, provinsi Hebei.
Dengan memanfaatkan sumber semula jadi tempatan, kawasan peranginan itu memperkenalkan pakej pelancongan berasaskan landskap air terjun membeku dan aktiviti ais dan salji bagi membolehkan lebih ramai pengunjung merasai keseronokan acara berkenaan.