CAEXPO Bakal Lancarkan Semula Pameran di Luar China

2023-01-14 13:52:08  CRI
Share with:

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-20 Ekspo China-ASEAN (CAEXPO). Menurut maklumat daripada pejabat Sekretariat CAEXPO kelmarin, pihak berkuasa wilayah Guangxi komited memperkasakan kerjasama dengan ASEAN dan meningkatkan tahap keterbukaan, berusaha menjayakan Ekspo China-ASEAN ke-20 dan siri aktiviti termasuk Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN yang kesemuanya dipercayai kondusif bagi pemulihan ekonomi.

Menurut maklumat berkenaan, siri aktiviti memperingati ulang tahun ke-20 CAEXPO akan diadakan dalam tempoh berlangsungnya temasya edisi 2023.

Dilaporkan lagi bahawa pihak penganjur CAEXPO ke-20 juga akan mengadakan sesi interaksi bidangan serta membantu syarikat Guangxi memulakan atau memajukan urusniaga dengan negara ASEAN, negara anggota RCEP serta negara yang terlibat dalam pembinaan di bawah kerangka Inisiatif “Jalur dan Laluan” (BRI), di samping mengeratkan kerjasama dengan sebahagian perusahaan milik kerajaan pusat serta kawasan utama yang maju perkembangan ekonominya di dalam negeri.

Selain itu, pameran jelajah CAEXPO di luar China akan diadakan di Singapura, Laos dan Malaysia pada bulan Mac, Mei dan Jun, dengan tujuannya untuk menggalakkan kerjasama sektor korporat antara China dengan negara-negara terbabit.