Perdagangan Luar China Lonjak Terus, Cecah RMB40 Trilion

2023-01-14 18:04:09  CRI
Share with:

Nilai perdagangan luar China buat kali pertama mencecah RMB40 trilion (RM26 trilion). China kekal negara perdagangan kargo terbesar di dunia untuk 6 tahun berturut-turut. Keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap ekonomi China meningkat terus berkat pencapaiannya dalam bidang perdagangan luar pada 2022.

Data diumumkan Jabatan Pentadbiran Am Kastam China (GACC) semalam mendedahkan bahawa nilai import dan eksport perdagangan kargo China pada 2022 telah meningkat 7.7% berbanding 2021, mencapai RMB42.07 trilion (RM27.2 trilion).Berdepan dengan risiko kemerosotan ekonomi global yang semakin menebal, permintaan luar yang terus menjadi perlahan-lahan,dan landskap global yang masih dihantui penularan wabak, China tetap mencapai lonjakan besar dalam bidang perdagangan luar setelah menghapuskan ribuan ranjau duri pada tahun yang lalu.

Pencapaian China dalam bidang perdagangan luar  mencerminkan ekonomi negaranya akomodatif, berpotensi besar dan dinamik untuk suatu jangka masa yang panjang.

Dari mana datangnya unsur ‘akomodatif’ dan ‘dinamik’ dalam perdagangan luar China? “Pasaran”dan “Produk” merupakan kuncinya dari segi pengeksportan, sedangkan dari segi pengimportan pula, pasaran penggunaan domestik yang berpotensi besar di China memberi sokongan yang kukuh.


Pengeksportan ke rakan dagang utama China seperti ASEAN dan Kesatuan Eropah (EU)meningkat cepat, manakala pengeksportan ke negara-negara terlibat dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) pula naik 20%. Kedua-duanya menyumbang kepada peningkatan pengeksportan keseluruhan pada kadar 6.1% sepanjang tahun 2022.

Prestasi baik perdagangan luar China juga tidak terlepas dari sokongan kerajaan yang kuat. Sejak tahun yang lalu, kerajaan China telah melaksanakan sejumlah langkah yang bertujuan membantu syarikat perdagangan luar menyelesaikan masalah logistik dan modal,yang terbukti kondusif bagi merangsangkan perdagangan luar sehingga menjadi semakin dinamik.

Kerajaan provinsi Guangdong, Zhejiang, Jiangsu dan Sichuan masing-masing telah mengatur sejumlah syarikat perdagangan luar melakukan lawatan ke luar negara untuk mencari peluang perniagaan dan mengikuti persaingan untuk mendapat surat tempahan pada tempoh beberapa hari yang lalu.

Dalam konteks melawan wabak, China yang mempunyai industri perkilangan yang berspesifikasi tinggi dan rantai pembekalan yang lengkap, dua kelebihan milik negara sendiri yang dimanfatkan sektor perdagangan luar, memberi sumbangan penting kepada pemulihan perdagangan dan ekonomi dunia.

“Memperluas keperluan domestik” dan “Meningkatkan tahap keterpukaan”merupakan dua perkataan hangat dalam mesyuarat kerja ekonomi pusat yang diadakan pada penghujung tahun lalu.

Pada tahun baharu ini, China dijangka akan terus menjadi enjin penting bagi pertumbuhan ekonomi dunia berkat perdagangan luarnya yang berkembang rancak.