Pemimpin China, Vietnam Saling Ucap Selamat TBC

2023-01-14 17:01:18  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Presiden China, Xi Jinping dan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, Nguyen Phu Trọng saling mengirim surat doa selamat menjelang sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) hari ini.

Xi yang mewakili PKC, kerajaan dan rakyat China menyampaikan salam ikhlas kepada Parti, kerajaan dan rakyat Vietnam.

Xi menyatakan kesediaan untuk mengekalkan komunikasi erat dengan Nguyen Phu Trọng agar memastikkan hubungan dua hala berkembang dengan baik dan stabil. China melihat Vietnam sebagai komuniti berkongsi nasib yang strategik dan meletakkannya pada kedudukan keutamaan dalam diplomasi kejiranan, di samping bersedia meningkatkan penyelarasan dengan Vietnam dalam pelaksanaan strategi pembangunan negara masing-masing, memperkasakan kerjasama substantif dalam pelbagai bidang, meningkatkan komunikasi dan koordinasi dalam menangani urusan antarabangsa dan serantau demi menyumbang kepada usaha mewujudkan kedamaian dan pembangunan umat manusia.

Nguyen Phu Trọng dalam suratnya menyatakan bahawa beliau akan bertindak selari dengan Xi memberikan arahan kepada pelbagai jabatan dan daerah di negaranya dalam melaksanakan perjanjian dan konsensus yang tercapai kedua-dua pihak, serta menjalankan komunikasi strategik untuk memajukan hubungan bilateral ke satu tahap yang baharu.