Klip Video Promosi Pertama bagi Gala Malam TBC CMG

2023-01-14 16:25:57  CRI
Share with:

Klip video promosi pertama untuk Gala Malam Tahun Baharu Cina (TBC) 2023 arahan Kumpulan Media China (CMG) telah dilancarkan hari ini, turut menjadikan suasana meriah dan segar-bugar menebal pada saat menjelang perayaan hari besar.

Semua perincian dalam reka bentuk yang halus seperti topi berbentuk telinga arnab dan kepala harimau, mainan kelontong, Tanghulu (manisan cucuk buah yang bersalut gula) dan tanglung kecilan, menjadi refleksi terhadap kebudayaan masyarakat China semasa perayaan TBC dan cermin kepada doa selamat serta salam yang tulus ikhlas.