AS Digesa Jangan Tutup Lagi Data Penularan Wabak

2023-01-15 16:17:44  CRI
Share with:

Lebih 43% kes jangkitan COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) berpunca daripada varian XBB.1.5, virus yang paling ganas dan aktif yang menular di negara itu pada masa sekarang. Menurut data statistik dari Inisiatif Global Berkongsi Kesemua Data Influenza (GISAID), dalam tempoh tiga tahun lalu, hampir kesemua varian COVID-19 pernah berleluasa di AS. Washington digesa mengunumkan maklumat dan data mengenai penularan wabak dalam negerinya kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan masyarakat antarabangsa tepat pada waktunya.

Kerjasama global diperlukan dalam usaha menangkis wabak. Mana negara pun bertanggungjawab dan berkewajipan berkongsi maklumat terbabit dengan masyarakat antarabangsa. Menurut GISAID, sampel pertama XBB.1.5 dilaporkan di New York dan negeri Connecticut pada akhir bulan Oktober tahun lalu, dan seterusnya penularannya sudah dikesan di sekurang-kurangnya 74 buah negara dan rantau di seluruh dunia pada masa sekarang.

Jadi, dari mana munculnya XBB.1.5 dan bagaimana ia menular? Adakah kerajaan AS mengambil langkah yang serasi atau tidak? Washington didesak segera menjalankan penyelidikan dan menjawab persoalan dari masyarakat antarabangsa.

Pada tiga tahun lalu, AS muncul sebagai negara yang terdapat paling banyak varian, dan juga negara yang paling lalai menangkis wabak. Salah satu sebabnya adalah modus operandi Washington yang kurang telus dan transparen dalam menangani maklumat wabak. Contohnya, seawal Mei 2020, pihak berkuasa negeri Florida pernah menghapuskan simpanan data tentang171 pesakit yang positif dalam ujian COVID-19 yang dilaporkan pada Januari hingga Februari, dan memecat pengawal pangkalan data yang menyuarakan keberatan. Terdapat satu artikel terbitan Majalah Ilmu Kedoktoran Britain edisi Julai 2020 yang berbunyi bahawa kes jangkitan di AS melepasi paras 4 juta setakat 1 Julai, lebih tinggi daripada 2.67 juta yang dilaporkan kerajaannya jika dirujuk kepada penyelidikan epidemiologi serum darah.

Pada tiga tahun lalu, Washington tidak pernah berhenti dalam bermain gimik mempolitikkan isu wabak, menyembunyikan dan merubah data statistik berkenaan, sehingga penularan wabak di dalam negerinya luar kawalan malah menyebabkan kempen menangkis wabak terjejas dalam senario global. Kini, WHO sudah mengesan XBB.1.5 sebagai "generasi berjangkit paling kuat" antara varian Omicron, dan memberi amaran bahawa lebih banyak kes jangkitan mungkin dilaporkan akibat penularan varian itu.

Tibalah masa bagi negara Uncle Sam, negara penyebar virus yang terbesar di dunia bertindak mengumumkan data statistik tentang penularan COVID-19 di dalam negerinya kepada masyarakat antarabangsa yang berhak mengetahui kebenaran yang ditutupnya sejak sekian lama.