Suasana Sibuk di ‘Lubuk Basikal Kanak-kanak’

2023-01-15 16:40:34  CRI
Share with:

Suasana sibuk boleh terasa dalam setiap bengkel milik syarikat pengeluaran basikal dan kereta sorong untuk kegunaan kanak-kanak di kaunti Pingxiang, provinsi Hebei sekarang, dan para pekerja kelihatan berfokus pada operasi rutin mengikut surat tempahan dari luar negara.

Produk buatan kaunti Pingxiang yang selama ini digelar sebagai “lubuk basikal dan kereta sorong kanak-kanak” di China, laris dijual ke lebih 60 buah negara dan kawasan termasuk Malaysia, Rusia dan Sepanyol.