Tukang Tanglung, Pewaris Teknik Tradisional

2023-01-15 16:32:24  CRI
Share with:

Zou Hongda, 73, penduduk kampung Baiyan pekan Huiwen bandar Wenchang, provinsi Hainan mula membelajari teknik pembuatan tanglung berwarna pada penghujung 1970an dan sejak itulah tidak pernah berhenti menghasilkan karya tanglung dengan menggunakan teknik tradisional. Ini bermakna kerjayanya sudah dikekalkan selama lebih 40 tahun.

Menurut Zou, cahaya yang terpancar dari kertas tingkap tanglung yang kelihatan mempesona mengandungi konotasi sebenar kraftangan tradisional.

Kerjaya Zou sebagai tukang tanglung bukan sahaja boleh membawa pulangan kepadanya sebagai jaminan hidup, tetapi juga mencerminkan hasratnya untuk mewariskan teknik kraftangan tradisional.