Kapal Mata Arah Besar Haixun 156 Beroperasi

2023-01-16 13:38:45  CRI
Share with:

Kapal Haixun 156, iaitu kapal mata arah besar buatan China pertama yang mempunyai fungsi memecahkan ais beroperasi secara rasmi di Tianjin, hari ini.

Kapal mata arah yang sepanjang 74.9 meter itu mampu memecahkan ais setebal 0.5 meter pada kelajuan 5 knot. Ia boleh menjamin kelancaran pelabuhan dan lorong perkapalan serta keselamatan perjalanan kapal dalam cuaca teruk seperti gelombang dingin, angin kencang dan pembekuan.