Xi Seru Anggota Bukan PKC Gembleng Tenaga, Abdikan Diri untuk Negara

2023-01-16 21:07:53  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping berharap anggota bukan Parti Komunis China (PKC) agar memainkan peranan yang lebih besar dalam usaha menggembleng tenaga dan mengabdikan diri untuk negara, di samping menggalakkan lebih banyak ahli untuk menyumbang kepada usaha mendorong modenisasi ala China.

Demikian dikatakan beliau ketika menyertai perhimpunan kalangan tokoh bukan PKC yang diadakan di Dewan Besar Rakyat sempena sambutan Tahun Baharu China (TBC), pada Isnin.

Xi mewakili Jawatankuasa Pusat PKC mengucapkan selamat Tahun Baharu China dan menyampaikan mogaan baik kepada ahli pelbagai parti bukan PKC, Persekutuan Perindustrian dan Perdagangan Kebangsaan China, tokoh-tokoh tidak berparti serta mereka yang bertugas di barisan bersatu.

Beliau berkata, tahun 2023 ialah tahun pertama untuk mempelajari dan melaksanakan semangat Kongres Kebangsaan ke-20 PKC, dan harapan wujud Bersama cabaran.

Beliau menyeru anggota bukan PKC agar mempelajari dan melaksanakan semangat Kongres tersebut secara menyeluruh, menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan lebih cergas dan bersungguh-sungguh.