Sidang Tahunan WEF Buka Tirai

2023-01-17 14:03:28  CRI
Share with:

Sidang Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) membuka tirai di Davos, Switzerland pada Isnin.

Sidang bertemakan “Tingkatkan Kerjasama dalam Dunia yang Berpecah” itu disertai 2,700 pemimpin pelbagai kalangan dari 130 negara dan wilayah, termasuk 50 pemimpin negara dan ketua kerajaan, serta kira-kira 200 menteri dari  pelbagai entiti ekonomi utama di dunia.