China Menyumbang kepada Perpaduan dan Kerjasama Global Bendung Wabak: WHO

2023-01-17 14:00:40  CRI
Share with:

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyanjung tinggi kesungguhan China dalam membendung COVID-19, dan menzahirkan penghargaan kepada China yang berkongsi maklumat dan data berkaitan wabak.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang akhbar pada Isnin menyatakan, Pengerusi Suruhanjaya Kesihatan Negara China (NHC), Ma Xiaowei telah berhubung dengan Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus melalui telefon mengenai kerja kawalan wabak di China baru-baru ini.

Kedua-dua pihak bersetuju untuk meningkatkan komunikasi dan kerjasama berkaitan teknik pembendungan wabak, bersama-sama menjaga keselamatan kesihatan global.

Wang berkata, China berkongsi maklumat tentang situasi penularan wabak dengan WHO dan masyarakat antarabangsa sejak COVID-19 mula menular di negara ini, melaporkan wabak itu kepada WHO dengan serta merta. Selain itu, China yang paling awal mengenal pasti patogen virus itu telah berkongsi urutan gen, di samping membina mekanisme pertukaran teknik dengan WHO.

Beliau berkata, dalam tempoh sebulan lalu, China telah mengadakan pertukaran teknik sebanyak lima kali dengan WHO dan berhubung dengan organisasi itu melalui telefon satu kali. Usaha China untuk menggalakkan perpaduan dan kerjasama masyarakat antarabangsa dalam pembendungan wabak telah mendapat pengiktirafan WHO dan masyarakat antarabangsa.