Laksanakan Hasil Sidang Kemuncak China-Arab demi Pembangunan Bersama

2023-01-17 14:04:57  CRI
Share with:

Sidang Kemuncak China-Negara-negara Arab pertama berjaya diadakan dan mencapai hasil yang memuaskan. Kedua-dua pihak bersetuju untuk membina komuniti berkongsi nasib China-Arab pada era baharu.

China akan menubuhkan mekanisme kerjasama yang berkesan dengan negara-negara Arab, melaksanakan langkah-langkah kerjasama, mempercepat projek berkaitan supaya mencapai hasil awal secepat mungkin.

Demikian dikatakan Menteri Luar China, Qin Gang dalam sidang media bersama Setiausaha Agung Liga Arab, Ahmed Aboul Gheit di Kaherah pada 15 Januari.

Menurutnya, Sidang Kemuncak China-Arab pertama mengeluarkan Pengumuman Riyadh, Pelan Kerjasama Komprehensif China-Arab, dan Dokumen Mengintensifkan Perkongsian Strategik China-Arab demi Kedamaian dan Pembangunan.

Menurut Qin, Pelan Kerjasama Komprehensif China-Arab meliputi 182 langkah kerjasama dalam 18 bidang termasuk politik, ekonomi dan perdagangan, pelaburan, kewangan dan lain-lain.

Selain itu, Presiden China, Xi Jinping mengemukakan Lapan Tindakan Bersama yang meliputi 56 langkah kerjasama China-Arab dalam lapan bidang termasuk pembangunan, keselamatan bahan makanan, kesihatan, inovasi hijau, keselamatan tenaga, dialog tamadun, golongan belia, keselamatan dan kestabilan, yang memenuhi permintaan dan keprihatinan negara-negara Arab.