Keselamatan Vaksin China Tidak Dapat Dinafikan dengan Sebarang Pembohongan
China menyesuaikan dasar kawalan COVID-19 dan dialu-alukan oleh dunia. Walau bagaimanapun, beberapa ahli politik dan media dari Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan pusingan baharu untuk mencemarkan nama vaksin China, menjejaskan usaha China dalam memerangi wabak, di samping membuat promosi untuk firma farmaseutikal negara sendiri.
Baik atau buruk vaksin China perlu terbukti dengan saintifik. Pada masa ini, China ialah satu-satunya negara yang mempunyai produk vaksin COVID-19 dalam pelbagai jenis. Setakat ini, sebanyak 13 vaksin telah diluluskan dan meliputi empat laluan teknikal.
Sementara itu, harga vaksin China adil dan rasional, suhu penyimpanan dan pengangkutannya adalah 2 hingga 8 darjah Celsius. Kesemua ini meningkatkan kebolehdapatan vaksin oleh negara-negara membangun.
Teknologi penyahaktifan yang digunakan oleh firma vaksin China adalah teknologi mampan yang diiktiraf oleh seluruh dunia. Hasil penyelidikan sains dan praktis membuktikan bahawa vaksin China memenuhi standard Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tentang vaksin COVID-19, iaitu mencegah morbiditi, penyakit teruk dan kematian.
Dari segi keselamatan, vaksin China telah terbukti selamat melalui ujian amalan. Pada masa ini, kadar vaksinasi penuh di China mencatat 92.9 peratus, dan kadar vaksinasi dalam kalangan warga emas yang berusia 60 tahun ke atas melebihi 90 peratus. China telah menyertai Akses Global Vaksin COVID-19 (COVAX) dan membekalkan lebih 2.2 dos vaksin kepada lebih 120 negara dan pertubuhan antarabangsa.
Setakat ini, tiada masalah keselamatan ditemui di negara-negara yang menggunakan vaksin China secara besar-besaran.
Dari WHO memasukkan tiga jenis vaksin COVID-19 China dalam senarai kegunaan kecemasan ke lebih 100 negara meluluskan penggunaan vaksin China; dari pemimpin lebih 30 negara termasuk Turkiye, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Chile disuntik vaksin China ke lebih banyak negara menggunakan vaksin China untuk kalangan kanak-kanak... Masyarakat antarabangsa telah membuang 'undi percaya' terhadap vaksin China dan ini tidak dapat dinafikan.