KDNK China Rekodkan 121 T pada 2022

2023-01-17 11:16:00  CRI
Share with:

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China merekodkan 121.02 trilion yuan (RM77.538 trilion) pada tahun 2022, menyaksikan peningkatan sebanyak 3 peratus berbanding tahun 2021, menurut statistik terkini Jabatan Statistik Negara China (NBS) yang diumumkan pada Selasa.

Ditinjau dari prestasi pada suku tahun, KDNK pada suku pertama naik 4.8 peratus, 0.4 peratus pada suku kedua, 3.9 peratus pada suku ketiga, dan 2.9 peratus pada suku keempat.