China Alu-alukan Lawatan Blinken

2023-01-18 14:31:51  CRI
Share with:

China mengalu-alukan lawatan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken ke China, dan aturan berkaitan sedang dibincangkan oleh kedua-dua pihak.

Media AS melaporkan bahawa Blinken akan melawat China dan bertemu dengan Menteri Luar Qin Gang pada 5 Februari nanti. 

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang akhbar pada Selasa menyatakan bahawa China berpegang teguh kepada tiga prinsip yang dikemukakan oleh Presiden Xi Jinping membabitkan hubungan China-AS, iaitu saling menghormati, hidup secara damai, dan kerjasama untuk sama menang. 

AS diharap menegakkan pandangan yang betul terhadap China, mengadakan dialog tapi bukan konfrontasi, sama menang tapi bukan permainan “zero-sum”, dan berjalan sehaluan dengan China, agar membawa hubungan kedua-dua negara kembali ke landasan perkembangan yang sihat dan mampan.