Balik Kampung Rai TBC Semakin Mudah

2023-01-18 15:08:32  CRI
Share with:

Pada musim pengangkutan sempena Tahun Baharu Cina (TBC) ketika ini, Syarikat Pengangkutan Jixiangdaolu menambah perkhidmatan membantu lebih 5,000 pekerja migran balik ke kampung di kaunti Fushun, provinsi Sichuan. 

Sebaik saja tiba di Terminal Penumpang Kaunti Fushun dari provinsi lain, pekerja migran tersebut boleh memilih transit dengan menaiki van kuning yang tersedia ekoran pelaksanaan “Projek Jintong” yang bertujuan membantu mereka memudahkan perjalanan seksyen terakhir dalam balik ke pekan atau kampung masing-masing.

“Projek Jintong” yang dilaksanakan di provinsi Sichuan bermula tahun 2020 ternyata amat memudahkan pengangkutan awam di desa, dengan adanya kenderaan penumpang yang beroperasi di luar bandar sebanyak 27,000 unit dan laluan perjalanan sebanyak 8,421 buah pada masa ini.