China, Dunia Ganding Bahu Lawan Wabak
2023-01-20 11:42:08 CRI
Pandemik COVID-19 yang tercetus sejak akhir 2019 telah mengalami mutasi hampir seribu kali.
Setakat 8 Jan, sebanyak 664 juta kes jangkitan dan 6.7 juta kematian direkodkan di seluruh dunia.
Dengan langkah pencegahan secara saintifik dan bersasar, China berjaya menangkis impak lima gelombang wabak global, di samping mengelak strain asal dan varian Delta yang mempunyai kepatogenan agak kuat daripada merebak lebih meluas.
Usaha berkenaan juga berjaya mengurangkan kadar jangkitan serius dan kematian dengan ketara.
Perjuangan selama tiga tahun turut menyaksikan berlakunya banyak cerita yang sungguh menyentuh perasaan di negara ini.