Wajah Baharu dalam Zoo Safari, Dua Anak ‘Harimau Salji’

2023-01-19 11:10:45  CRI
Share with:


Dua ekor anak ‘harimau salji’ yang esotik dan seekor harimau putih dijadikan wajah baharu dalam Zoo Safari Hutan Nantong, provinsi Jiangsu baru-baru ini.

Difahamkan bahawa ‘harimau salji’ merupakan hasil mutasi gen dari harimau putih, dan kadar berhasil dari mutasi gen seumpama itu hanya satu per-sepuluh ribu.


Seekor harimau putih peliharaan zoo tersebut melahirkan anak kembar tiga yang comel pada 30 September 2022, dua daripadanya adalah ‘harimau salji’.

Menurut rekod berkenaan, hanya terdapat 7 ekor ‘harimau salji’ peliharaan zoo di China pada masa ini.