China Edarkan Kertas Putih Mengenai Pembangunan Hijau

2023-01-19 14:58:17  CRI
Share with:

China mengedarkan kertas putih Pembangunan Hijau China pada Era Baharu pagi tadi.

Jabatan Penerangan Dewan Negara China dalam sidang taklimat menyatakan, kertas putih itu telah merumuskan langkah dan hasil pembangunan hijau di China dalam tempoh 10 tahun lalu, di samping menghuraikan konsep teras dan pengalaman praktis pembangunan hijau di negara ini.

Dalam tempoh 10 tahun lalu, China telah membina hutan seluas 64 juta hektar, kualiti persekitaran banyak dibaiki. Sementara itu, industri baharu strategik menjadi penggerak penting bagi pertumbuhan ekonomi, industri pembuatan berteknologi canggih menyumbang 15.1 peratus kepada nilai tambah perindustrian berskala besar pada 2021. Industri hijau berkembang rancak, dan skala pengeluaran kelengkapan sumber tenaga bersih menduduki tempat pertama di dunia.

Menurut kertas putih itu, kadar penggunaan sumber tenaga bersih di China meningkat daripada 14.5 peratus pada 2012 kepada 25.5 peratus pada 2021, manakala kadar penggunaan arang batu pula menurun daripada 68.5 peratus kepada 56 peratus. Kadar peningkatan penggunaan sumber tenaga di negara ini hanya mencatat 3 peratus secara purata setahun, manun China telah mencapai pertumbuhan ekonomi sebanyak 6.6 peratus purata setahun.

Kertas putih itu berbunyi, penggunaan sumber tenaga seunit Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di China menurun sebanyak 26.4 peratus, dan China menjadi salah sebuah negara yang mencatatkan penurunan penggunaan sumber tenaga paling cepat di dunia.