Persiapan untuk TBC Berunsurkan "Warisan Budaya Tidak Ketara"

2023-01-19 19:23:52  CRI
Share with:

Sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC), satu pesta komoditi TBC yang berunsurkan "warisan budaya tidak ketara" telah diadakan di daerah Fengrun, bandar Tangshan, provinsi Hebei. Pihak penganjur terutamanya mempersembahkan Opera Pingju dan mempamerkan sejumlah teknik kraf tangan tradisional seperti seni guntingan kertas dan pirografi lelabu, di samping menyediakan gerai-gerai untuk jualan snek yang bermacam-macam.