Nilai Tambah Industri China Tertinggi di Dunia

2023-01-19 12:15:15  CRI
Share with:

Nilai tambah perindustrian China merekodkan 40.2 trilion yuan (RM25.7 trilion) pada 2022, sementara nilai tambah sektor pembuatan mencatat 33.5 trilion yuan (RM21.4 trilion).

Kedua-dua angka itu adalah yang tertinggi di dunia, sekali gus menyaksikan sektor perindustrian menyumbang 36 peratus kepada pertumbuhan ekonomi negara ini.

Industri robot yang berkembang pesat turut memperkukuh kedudukan China sebagai gergasi industri pembuatan dunia.

Data Persekutuan Robotik Antarabangsa (IFR) menunjukkan bahawa China merupakan pasaran robot paling besar di dunia.

Penggunaan robot perindustrian di China kini semakin luas apabila ia turut diperkenalkan untuk operasi berketepatan tinggi seperti pemasangan dan penggilapan berbanding hanya digunakan dalam kerja pengangkutan pada masa dahulu.

Selain itu, robot juga banyak digunakan bagi mempermudah kehidupan rakyat seperti pembersihan rumah, penjagaan warga emas dan perkhidmatan menunjukkan jalan.