Langkah Diskrimasi akan Undang Kerugian pada Diri

2023-01-19 14:00:03  CRI
Share with:

Sejak China menguatkuasakan dasar terbaharu membabitkan pencegahan dan kawalan COVID-19, pergerakan sentas sempadan menjadi lebih mudah, dan ia turut disambut baik oleh masyarakat antarabangsa.

Walau bagaimanapun, ada beberapa negara mengambil langkah sekatan yang bersifat diskriminasi terhadap pelancong China, seperti Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Korea Selatan.

Jepun, Korea Selatan dan China yang berjiran mempunyai hubungan ekonomi yang erat. Secara amnya, kedua-dua negara itu tiada sebab untuk tidak mengalu-alukan pemulihan pergerakan rentas sempadan yang normal oleh China.

Dalam konteks AS mempergiat strategi "Indo-Pasifik', Jepun dan Korea Selatan, sebagai dua negara sekutu utama AS di Asia, mengikuti AS hingga mengambil langkah sekatan terhadap pelancong China bukanlah suatu kebetulan.

Alasan mereka seperti "pencegahan wabak secara saintifik" dan "melindungi rakyat" memang tak masuk akal.

Pertama sekali, dalam tempoh tiga tahun lalu, China mengamalkan langkah pencegahan pandemik yang ketat, ia bukan sahaja berjaya mengawal jangkitan di dalam negeri pada tahap yang sangat rendah, tetapi juga menyumbang besar kepada pencegahan penularan di peringkat global.

Pada Disember lalu, China menyesuaikan dasar kawasan wabak, dan jumlah jangkitan banyak meningkat dalam jangka masa pendek, namun penularan wabak masih terkawal. Pada masa ini, kebanyakan tempat di China telah melepasi kemuncak penularan,  kehidupan rakyat telah pulih normal. Padahal, apakah risiko kedatangan pelancong China ke AS, Jepun dan Korea Selatan? Pembuat dasar negara-negara itu pasti tahu dengan jelas.

Ekonomi global masih lembap pada masa ini. Tindakan mengenakan sekatan ke atas pelancong China sudah pasti akan mengundang kerugian kepada industri pelancongan dan perniagaan negara sendiri. Sekatan bukanlah pendekatan yang bijak.