Pasaran Perbelanjaan Lebih Dinamik Menjelang TBC

2023-01-19 16:38:55  CRI
Share with:

Jualan runcit barangan pengguna di China mencatat RMB44 trilion (kira-kira RM28 trilion) pada 2022, antaranya RMB12 trilion merupakan hasil jualan dalam talian.

Angka itu menjadikan China kekal sebagai pasaran pengguna kedua terbesar dan pasaran jualan runcit dalam talian yang paling besar dunia.

Menjelang ketibaan Tahun Baharu Cina (TBC), jualan pelbagai jenis barangan termasuk makanan dan pakaian menyaksikan lonjakan besar, sementara perbelanjaan untuk pelancongan dan hiburan juga meningkat dengan ketara.

Dalam pada itu, wabak COVID-19 makin reda juga antara faktor penting yang merangsang perbelanjaan pengguna di negara ini.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita China kini mencecah AS$ 12,000 (kira-kira RM51,780).

Seiring dengan itu, aktiviti perbelanjaan rakyat negara ini turut memperlihatkan kepelbagaian, sementara perbelanjaan untuk pelancongan terus meningkat.