Latihan Pasukan Bomba Sasarkan Benteng Kayu

2023-01-19 16:17:32  CRI
Share with:

Satu latihan memadamkan kebakaran dan menyelamat dalam bencana telah diadakan oleh Pasukan Bomba Daerah Yongding di bandar Longyan, provinsi Fujian baru-baru ini. 

Latihan itu merangkumi sesi membantu orang ramai keluar apabila berlaku kebakaran, memadamkan kebakaran serta mencari dan menyelamatkan mangsa, pembekalan air di tempat kejadian dan pengesanan risiko yang tersembunyi, dan bertepatan dengan ciri-ciri bangunan kayu seperti Tulou Hakka (bangunan perumahan kaum Hakka yang berbentuk bulat dan berupa benteng). Ternyata keselamatan bangunan purba dijadikan satu keutamaan dalam jadual kerja pasukan bomba semasa sambutan Tahun Baharu Cina.